B'psangan dgn lelaki cemburu buta mmg perlukan tahap kesabaran yg tinggi... kata orang cemburu itu maknanya sayang tp klu cemburu tu keterlaluan, mgkin kita perlu bbuat sesuatu. Mungkin juga kita perlu memutuskan hubungan tu.. tapi sekiranya si gadis yakin mampu mgubah tahap cemburu si teruna, apa salahnya untuk mencuba... :)
Ciri-ciri lelaki cemburu buta :-
KAKI SIASAT
Awal pkenalan, korang mungkin ditatang bagai minyak yg penuh, bahkan setiap kemahuan korang juga mungkin dipenuhi dan dituruti. Namun lama kelamaan ada je yang xkena. kalau boleh dia cuba kawal setiap pgerakan korang.. Ke mana korang pergi, dengan siapa dan yang paling penting ada atau tak lelaki bsama korang.. Jika ada korang akan disiasat dengan lebih tperinci atau korang memang terus kena hembur dengan kata2 yg xsepatutnya. korang mungkin berasa seperti seorang pesalah yang menanti hukuman dijatuhkan.
SENTIASA CURIGA
Lelaki kaki cemburu ni akan sntiasa anggap pasangannya berlaku curang. Kenapa? Kerana dia tidak yakin dengan kesetiaan wanita. Sukar baginya untuk mpercayai, tmbahan pula bila pasangannya sering kali diganggu oleh lelaki lain. Walaupun xmelayan mana2 lelaki yg cuba mengganggu, dia tetap merasakan yg pasangan cuba mduakan dirinya.. padahal korang tak tau dan xbsalah pun dalam hal ni..apa yg korang boleh lakukan hanyalah bsabar dan makan hati... :(
PANAS BARAN
Ini salah satu ciri si lelaki kuat cemburu.. Suami or BF yg korang kenali dgn lbh mdalam mungkin mempunyai perangai yg suka marah. salah sikit jea tp kemarahan dia bukan main lg... Sakit hati bukan?? sangat sakit...
TIDAK PERNAH PUAS
Betul atau x dia individu spt ini? Sudah tentu korang mgatakan "ya". Si kaki cmburu xpernah bpuas hati dengan orang yg disayanginya. Ada sahaja kesalahan yg dicarinya. Dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar2 kesalahan. Susah nak memuaskan hatinya. Sikap ini akan mbuatkan korang bfikir, knp dia harus begini dan apakah salah korang. Padda satu tahap korang akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. Namun setiap kata-kata korang tidak diterimanya malah air mata menjadi teman setia korang setiap hari...
KUAT MENGONGKONG
Dulu korang bebas jea nak ke mana-mana dan dengan siapa yang korang suka tapi sekarang tidak lagi... Semua perkara yang korang lakukan perlu dapatkan kebenarannya dulu.. Korang tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pgetuan si dia.. Seolah2 kehidupan korang berada di tangannya. Korang pulak perlu akur dengan peraturan yg diciptanya... Nak tak xnak tpaksa ikut.. Jadi fikir2kanlah...
AMBIL KESEMPATAN
Ini memberi maksud si dia mgambil kesempatan di atas kelemahan korang.. Memandangkan korang xpenah melawan, setiap daripada kata2 dia kena ikut tanpa bantahan myebabkan dia mnggunakan kesempatan itu..
Setiap kali keluar pasti dia akan mengambil telefon korang dengan tujuan untuk melihat mesej2 yg boleh melihat mesej2 yg blh mngundang kemarahannya. Malah dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang korang.. Ini akan digunakan agar korang tidak dapat lari daripadanya..
Fikir-fikirkanlah kaum perempuan... Pilih laa mana2 yang korang rasa mampu untuk korang tangani dan bersabar... :)
No comments:
Post a Comment