Migrain adalah penyakit umum bagi kebanyakan orang. Ia merupakan masalah kesihatan yang dihadapi lebih dari 10 peratus daripada populasi dunia. Terdapat beberapa cara untuk diamalkan agar tidak diserang penyakit ini. Antaranya:-
1) Makan tepat pada waktu
- Melewatkan makan atas alasan apa sekali pun boleh mempengaruhi kesihatan dalam pelbagai cara. Jika kita menghidap migrain serts berdiet pada masa yang sama, jangan lakukan kesalahan dengan melewatkan waktu makan, mahupun meninggalkan waktu makan. Ini akan memudaratkan lagi masalah migrain yang dihidapi.
- Ketika tubuh kehilangan lemak berlebihan (akibat melewat atau meninggalkan makan dan berdiet), kadar gula dalam darah meningkat seterusnya menyebabkan migrain. Selain itu, asid pada perut boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan sakit kepala. Jadi, elakkan dari menunda waktu makan. Makan pada waktu tepat dan teratur.
2) Olahraga
- Tubuh yang sihat menghasilkan fikiran yang sihat. Untuk kekal cergas dan aktif, kita perlu berolahraga secara teratur. Hal ini boleh membantu menghindari serangan migrain.
3) Tidur yang cukup
- Terlalu banyak tidur atau kurang tidur dapat mempengaruhi tubuh anda. Pastikan anda mendapatkan tidur mencukupi untuk menghindari sakit kepala dan migrain. Idealnya, orang dewasa perlu tidur selama enam hingga tujuh jam dan tidak melebihi dari sembilan jam sehari. Atur jadual tidur untuk hasil yang lebih baik.
4) Berhenti Merokok
- Tabiat merokok atau minum alkohol boleh meningkatkan serangan migrain. Nikotin bukan sahaja menyebabkan radang di saluran tekak dan peru-paru tetapi juga membuat kita ketagih. Alkohol pula mengandungi tyramine yang boleh menjadi punca migrain. Bukan sahaja memabukkan tetapi kita juga boleh diserang migrain yang teruk.
Maklumat ni diperolehi daripada majalah Wanita sebagai perkongsian kepada semua... :)
No comments:
Post a Comment