Setiap perempuan akan mengalami masalah keputihan. Yang menjadi tanda tanya, adakah ia normal atau sebaliknya dan sejauhmana masalah ini memberi kesan kepada badan?
Secara umum, keputihan berasal daripada kelenjar vagina dan pangkal rahim yang menghasilkan cecair yang mengalir keluar bersama lapisan sel mati pada dinding kemaluan. Sebenarnya, keputihan itu membantu membersihkan kawasan vagina daripada jangkitan kuman dan kebiasaanya tidak berbau.. Bagaimanapun, jika berlaku perubahan warna, berbau serta mengalami kegatalan pada vagina, kemungkinan besar kamu telah dijangkiti kuman..
Terdapat 2 jenis keputihan iaitu normal dan abnormal.
Jika dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal itu boleh dijadikan ukuran tahap kesuburan gadis. Sekiranya cairan putih bening itu sepanjang 20 sentimeter, ia menandakan kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.
Jika dalam keadaan abnormal pula, ia berupa cairan seperti susu, cairan yang likat berwarna kekuningan atau kadang2 seperti gumpalan yg boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan itu boleh bewarna kekelabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
Cara Pencegahan..
Langkah 1 :- Banyakkan minum air putih
Langkah 2 :- Selesai mbuang air, pastikan kamu mbersihkan vagina dari hadapan ke belakang. Tindakan itu, bagi mgelakkan kuman bpindah ke kemaluan.
Langkah 3 :- Gunakan seluar dalam drpd jenis kapas t'utama pd waktu siang bg mbolehkn alat sulit kamu 'bnafas'
Langkah 4 :- Sebaik-baiknya, gunakan panty liner drpd jenis herba kerana mampu menyahkan bau yg tidak myenangkan.
Langkah 5 :- tukar sabun pembasuh atau pelembut fabrik jika bahan tersebut menjadi punca gangguan.
Langkah 6 :- Elakkan daripada berendam dalam mandian buih terlalu lama
Langkah 7 :- Hindarkan daripada menggunakan seluar yang ketat.
Langkah 8 :- Digalakkan mgunakan pencuci yg boleh mengelakkan keadaan asid atau mgandungi antiseptik yg mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.
\Langkah 9 :- Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang diproses. oleh itu, makanan seperti mi, roti dan kek perlu dikurangkan.
Jenis Jangkitan
Kurap candidas atau monilia
- Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal
Parasit trichomonas vaginalis
- Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.
Bakteria gardnella
- Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Berwarna kekelabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.
Petua yang mungkin boleh membantu..
> Bagi kamu yang mengalami masalah keputihan, disarankan mencuba petua ini. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Cuci sehingga bersih, sebelum direbus. Setelah mendidih, masukkan sedikit garam dan biarkan air rebusan menjadi suam. Gunakan air rebusan itu untuk mencuci. Lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.
(Sumber: Utusan Malaysia, com.kesihatan)
No comments:
Post a Comment