Saturday, January 5, 2013

10 tanda boyfriend korang pengongkong.. :p

10. Sentiasa di sisi anda
Ayat nie mungkin kedengaran manis & mengujakan. Tp jika maksudnya di situ adlh sentiasa 24jam 7hari di sisi korang, peluang utk korang memiliki controlling boyfriend sgt tinggi. Sekarang no more time tuk kwn2, tiada lagi girls night out melainkan dia ada bersama.
 
9. Biadab
Kata-kata tidak lagi sopan dan seikhlas dulu. Tiada ucapan terima kasih dan senyuman ikhlas terukir di wajahnya. Sedikit kelewatan atau kecuaian,korang pasti dimarahinya bagai anak kecil.
 
8. Dipaksa melakukan apa yang disukainya
Dia tahu korang x sukakn tempat yg bising, tp dibawa juga menonton gig di bandar. Sesak, berbau, lembab, tapi apakan daya dia boyfriend korang, terpaksa mengikut kehendaknya. Hinggakan tempat makan dan dating pun dia yang pilih, selera korang langsung tak diendahnya.
 
7. Sering meyoal
Apa sahaja yang korang lakukan akan disoalnya. Seolah-olah dia seorang majistret. ayah korang sendiri pun tak sekecoh si dia dalam mempersoalkan dengan siapa korang bergaul dan ke mana korang pergi. If xbgtau dia, cnfirm2 korang akn dimarahinya... :p
 
6. Dilarang ber-Facebook
Keaktifan korang bersosial di laman facebook seakan-akan disekat olehnya. Kata kunci akaun korang juga perlu diberi padanya dan si dia akan memantau setiap gerak di wall korang. Friends dlm FB korang pun ditetapkan, girl's only ok..Lebih teruk lagi jika si dia minta korang deactivekn  terus akaun facebook.
 
5 Cemburu buta
Ada saja yang tidak kena di matanya. Urusan sesama rakan atau atas dasar kerja pun diraguinya dek cemburu tidak btempat. Kadangkala perbalahan ini tidak masuk akal dan korang mula penat melayan kerenahnya yang keanak-anakan. SETUJU?
 
4. Melimpahkan wang kepada anda
Jangan mudah tpedaya dgn kesenangan material yg diberikan oleh kekasih korang. Adakalanya (bukan semua), hadiah atau wang yg diberi kpd korang ada tersirat sesuatu. Si dia cuba menjadi superior daripada korang, si dia akan berusaha untuk menang dalam semua perkara agar korang mudah mengikut telunjuknya kemudian.
 
3 Anda tidak berharga baginya
Betul, korang girlfriend-nya. Tapi sedikitpun dia tidak hiraukan masalah korang. korang menghadapi situasi genting, gagal dalam ujian, atau tekanan dalam keluarga, tapi si dia hanya buat endah tak endah sahaja
 
2 Berlaku kasar
Jika si dia sudah berani menghamburkan kata-kata kesat di hadapan korang, apa lagi yang perlu diagung-agungkan dengan lelaki dayus sebegini? Apatah lagi jika si dia mula naik tangan
 
1. Anda tidak gembira bersamanya
Jelas sekali, semua perasaan datangnya daripada hati dan naluri kita. Jika korang sendiri merasakan ada sesuatu yang tidak kena, korang rasa lebih tenang jika si dia tiada di sisi berbanding bersama, tiba masa korang perlu keluar dari kepompong ini. Ingat, kata hati tak pernah menipu!
 
Ramai yg mhadapi situasi mcm nie, tp brape rmai yg ada keberanian utk bangkit. wlu seteruk mana pun layanan si lelaki tu, xmudah tuk si prempuan meninggalknnya dek krn syg.. tp bkn kah cinta itu tuk myenangkn & bknnya derita? Usia remaja seharusnya diterokai & dinikmati, bgaul mesra bsama kluarga dan memupuk kenalan baru bkn utk disia2kn dgn mjadi hamba kpd kekasih yg pntingkan diri dan xmhargai korang sbg seorang wanita.. 

No comments:

Post a Comment