Pasangan hidup adalah sahabat yang akan sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan sama ada susah mahupun senang. Kerana itulah wanita seharusnya perlu cerewet sebelum mengatakan "YA' kepada sebuah perkahwinan.
Oleh itu, kita perlu memahami tanda-tanda lelaki pendera yang boleh mengundang bencana dalam hidup. Kenalinya melalui petanda2 ini agar kita sentiasa berhati-hati ketika berhadapan dengannya.
a) Terlebih romantis
Adakah si dia terlalu romantis? boleh dikatakan hampir setiap hari korang menerima madah2 cinta darinya. Malah kenyataan dia xboleh hidup tanpa korang pasti membuatkan perasaan jadi berbunga2. Kuatkan diri, jangan terus hanyut dengan kata2nya. Jadilah seorang yg realistik dan timbangkan perkara ini semasaknya. Ingatlah, lelaki yang kelihatan keras pada awalnya sebenarnya mempunyai naluri yang halus dan penyayang. Tetapi, dalam masa yang sama, korang perlu juga berhati2 dan peka pada setiap respons yang diberikan. Lazimnya, mereka ini sukar dijangka, perubahan boleh berlaku bila2 masa shaja.
b) Panas Baran
Sikap 'king control' cukup keterlaluan. Kalau putih katanya, maka putihlah jawapannya. xblh dibantah langsung. Bkn stakat itu sahaja, bila naik darahnya, maka banyaklah barang berhampiran dengannya akan dirosakkan dan kata2 makian yang akan dikeluarkan. Tetapi, setelah marahnya mulai reda, kata-kata maaf dan penyesalan akan meniti di bibirnya malah berjanji untuk tidak mengulang perbuatan itu lagi.
c) Mudah Cemburu Buta
Hubungan cinta perlu ada perasaan cemburu. Jika tidak hilanglah keseronokkannya. Tak salah tetapi janganlah keterlaluan. Cemburu yang melampau boleh menyesakkan pasangan untuk menerima diri kita seadanya.
Walaupun temat rapat korang, dia tetap menyimpan rasa cemburu. Lebih teruk lagi dia meminta anda melaporkan setiap aktiviti yang dilakukan dengan baik lokasi, tujuan, dengan siapa, keperluan ke sana dan macam2 lagi. Sanggup ke korang diperlakukan begitu? Di peringkat awal mungkin kita boleh bertahan tetapi kalau sudah enam bulan dan seterusnya, di mana pula kepercayaan dia terhadap korang?
(Lama2 naik rimas juga kan? Sedangkan dia keluar tanpa bagitau dengan siapa dan kemana dia nak keluar)
d) Emosi Tak Stabil
Pelik bukan apabila pasangan yang pada mulanya mudah diajak bicara, bergelak ketawa bersama tiba2 berubah laku sekelip mata hanya kerana tersilap sedikit kata. Mudah sungguh dia melempiaskan marah malah senyuman yang tadinya manis menghiasi wajah terus berganti dengan ekspresi yang mencuka.
Bingung memikirkannya tetapi itulah yang terjadi. Mungkin pasangan korang mempunyai dua personaliti? Mungkin ya dan mungkin tidak. Kerana hal ini, korang akan mula rasa tidak selesa ketika bersamanya. Apa taknya, bimbang 'cuaca yang baik' berganti 'ribut' hanya kerana sesuatu yang kecil. Pendekatan yang baik adalah berdiam diri tetapi hambarlah hubungan kerana tiada keceriaan. Korang juga mesti dihimpit rasa keliru lantaran memikirkan sikapnya yang tak konsisten.
(Benda ni laa yang aku selalu rasa... dan membuatkan aku tension dan semakin hari hati aku semakin menjauh..)
e) Teguran tidak bertempat
Bagusnya memiliki pasangan yang mudah menegur kesalahan atau kelemahan kita. Setidak2nya dia telah menunjukkan keprihatinannya. tetapi teguran itu perlulah dilakukan dengan cara serta masa yang betul. Jangan main sedap mulut jea.. (Segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong..kosong...hehe). Sikap pasangan yang gemar memperlekehkan atau merendah2 kan diri korang harus dipandang serius.
Jangan t'lalu menurut atau redha jea dengan apa yang berlaku. Walaupun satu saat korang dah bergelar isteri tetapi tidak bermakna korang boleh diperlakukan dengan sewenang2nya. Korang punya hak untuk bersuara dan membetulkan keadaan. Jangan kerana korang gagal memenuhi selera pasangan maka korang semudahnya dikritik dengan hebat. Timbanglah dengan sebaik2nya.
f) Sikap terburu-terburu
Baru dua bulan berkawan, si dia sudah mengajak korang menjalin hubungan ang serius dengannya. Kata2nya begitu menyakinkan apatah lagi menyentuh bab pertunangan dan perkahwinan. Nampak mcm sorang lelaki yang jujur dan bersedia untuk memberi komitmen tetapi jgn tperangkap dengan keadaan tsebut. Sekali sekala fikirkan juga kesan negatif sblm positif.
Jika pasangan yg korang kenali mpunyai watak sebegini maka berwaspadalah. Jadilah seorang penyiasat yang hebat sebelum kata putus dibuat. Tidak mustahil ada agenda tersembunyi yang telah dirangka. Siapa tahu? Minta tempoh darinya untuk lebih mengenali diri masing2 bagi mengelakkan timbulnya penyesalan di kemudian hari...