Friday, May 24, 2013

Tips lelaki bersaiz XS untuk kelihatan kacak bergaya... ^^

Pada pandangan umum, lelaki kurang menarik jika terlalu kurus, tak seperti wanita yang menonjol dengan imej XS.. lelaki pula dikatakan canggung, tidak maskulin apatah lagi bagi mereka yang kurus seumpama lidi.. ^^

Untuk mendapatkan penampilan menarik bagi lelaki bersaiz XS, mari cuba tips nie.. Tips ini diperolehi dari kecantikan.com.. ^^

RAMBUT
- Elak memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penambilan sedemikian akan menambahkan refleksi kamu yang bertubuh kurus. Sebaiknya, biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk wajah yang kecil.

MUKA
- Biarkan wajah sentiasa bersih dan dicukur rapi untuk memastikan penampilan lebih seimbang.

WARNA
- Pemilihan warna lembut atau warna tanah adalah bertepatan untuk menceriakan gaya penampilan kamu.

PAKAIAN
- Anda disaran memilih fabrik yang tebal. Bagi corak pula, sebaiknya elakkan memilih corak yang tidak sarat dan menegak. Elakkan memakai baju berpotongan leher V. Sebagai alternatif, pilihlah baju berpotongan leher turtle neck atau crew neck.

JAKET
- Langkah terbaik sekiranya kamu memilih jaket dan vest untuk menutupi tubuh yang kurus. Selain menyerlahkan penampilan, ia secara tidak langsung menampakkan tubuh yang lebih besar.

SELUAR
- Seluar berpotongan lurus amat sesuai untuk kamu. Selain itu, perincian pada poket juga mampu memberikan impak, di samping pemakaian seluar boxer akan membantu mengubah saiz seluar walaupun sedikit.

AKSESORI
- Jangan ragu memilih aksesori pelengkap gaya. Tidak salah kamu menggayakan beg sandang, topi mahupun berkaca mata hitam. Seeloknya manfaatkan aksesori untuk mengimbangi tubuh anda.

KASUT
- Anda perlu bijak bermain dengan warna dan tidak statik memilih kasut jejaka di pasaran termasuk warna-warna hangat mampu mengimbangi penampilan diri.

Selamat mencuba kepada si jejaka XS!!!!! ^^ 

No comments:

Post a Comment