Seseorang yang ingin beristikharah kepada Allah perlu melakukan solat sunat istikharah di samping tidak meninggalkan apa-apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas solat.
Musyawarah dengan manusia pula ialah seseorang meminta pandangan dan nasihat para ulama dan orang soleh berkenaan perkara yang ingin diminta.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :"Apabila seseorang daripada kalian berhasrat pada sesuatu, tunaikanlah dua rakaat yang bukan fardu." (Riwayat al-Bukhari, al-Tarmizi dan lain-lain).
Namun, dalam musyawarah dengan seseorang, seelok-eloknya orang tersebut mestilah:
- Soleh & bertakwa
- Berilmu
- Berpengalaman dalam sesuatu hal dengan jalan yang benar
- Amanah
Allah s.w.t menyuruh Rasulullah s.a.w bermusyawarah dengan para sahabat dalam urusan peperangan dan permasalahan keduniaan serta mengambil pendapat mereka seperti yang terdapat dalam ayat 159 surah Ali 'Imran supaya menjadi teladan kepada umat Islam untuk mengaplikasikan musyawarah dalam urusan mereka.
(Kredit : Solusi magazine)
Solat istikharah bukan untuk pilih jodoh semata-mata, tapi pelbagai aspek yang memerlukan kita untuk buat pilihan. Misalnya, untuk memilih ketua, memilih kerja dan sebagainya...
Terdapat beberapa step untuk solat istikharah yang boleh dijadikan panduan:-
Must try ok!!!!!
Step 1 : Sebelum Istikharah
- Istikharah hanya pada perkara dunia yang harus sahaja
- Bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan
- Neutral iaitu tidak mempunyai apa-apa kecenderungan terhadap pilihan yang ada
- Disunatkan juga bermusyawarah dengan orang yang boleh dipercayai atau pakar dalam sesuatu bidang sebelum istikharah
- Memastikan diri tidak terlibat dengan sumber harta yang haram
- Memilih waktu yang mustajab untuk doa
- Berwuduk dengan sempurna
Step 2 : Semasa Istikharah
- Menunaikan solat sunat dua rakaat
- Bacaan surah. Rakaat pertama : surah al-kafirun Rakaat kedua : Surah al-ikhlas
- Selepas salam, baca doa istikharah berikut:-
- Maksudnya " Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu, dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu, dan aku memohon daripadaMu dengan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirkan ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya. Seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) mendatangkan keburukan bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkan aku daripadanya dan takdirkan kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redailah aku dengannya." (Riwayat Ibn Majah, Abu daud dll)
Step 3 : Selepas Istikharah
- Meneruskan solat dan doa istikharah hingga tiga kali
- Memerhatikan alamat yang mungkin ada seperti mimpi atau kecenderungan hati
- Jika telah memperoleh jawapan, bersyukurlah kepada Allah
- Jika keputusan yang diambil kurang baik, maka ia mungkin disebabkan kurang peka dengan jawapan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t, tersilap membuat pilihan, telah mempunyai kecenderungan hati sebelum istikharah atau pelbagai kemungkinan lain. Oleh sebab itu, janganlah menyalahkan Allah, sebaliknya terimalah ia sebagai satu ujian yang menguji kemantapan iman terhadap qada dan qadar.
Note :- Apakah hasil yang kita dapat selepas itikharah? Hasilnya kita akan berasa bahagia kerana:
- Sebelum istikharah : Berserah diri kepada Allah s.w.t
- Semasa Istikharah: Tenang
- Selepas istikharah : Reda dengan ketentuan Allah
Semua kita semua dapat petunjuk dariNya... :)
No comments:
Post a Comment