“Zali, kau dah mula bayar pinjaman PTPTN?” tanya Lia kepada
Zali.
“Belum lagi. Kenapa? Kau dah dapat surat peringatan? Aku
baru mula kerja dua bulan, tapi kau dah dua tahun kerja,” jawab Zali.
“itu yang aku bingung. Memang aku dah kerja dua tahun, tetapi
bukan dapat gaji ijazah pun! Cukuplah untuk tampung kos hidup di KL. Nak bayar
hutang PTPTN memang belum cukup lagi. Aku dah dapat suat peringatan, apa yang
aku perlu buat? Kasihan juga penjamin pinjaman aku, dia juga dapat surat
peringatan” Keluh Lia.
“Kau jangan risau. Ramai orang yang tak bayar hutang PTPTN.
Buat tak tahu saja. Lagi pula, tak mungkin dapat dikesan semua ribuan bekas
peminjam.” Zali memberi cadangan lanjut.
“Ish, tak boleh zali. Aku tak mahu tanggung dosa, nanti tak
berkat rezeki aku. Aku ingat nak hantar surat rayuan, mana tahu boleh
dipertimbangkan lagi,” Lia memberi kata putus.
Begitulah dialog antara dua sahabat yang merupakan bekas
peminjam pinjaman pelajaran. Isu tunggakan bayaran balik pinjaman pelajaran
sama ada PTPTN, MARA atau JPA semakin kritikal tahun demi tahun.
Mengikut laporan Bernama bertarikh 7 April 2011, seramai
214,790 peminjam PTPTN belum membuat pembayaran balik kepada perbadanan itu
yang membabitkan jumlah hutang sebanyak Rm1.1 billion, sejak tahun 1997 hingga
28 Februari 2011.
Bilangan itu adalah daripada jumlah keseluruhan peminjam
iaitu seramai 887,995 orang yang sepatutnya membuat pembayaran balik pinjaman
tersebut.
Mahu atau tidak, kita terpaksa akur dengan statistik yang
membuktikan bahawa daftar peminjam tegar yang enggan membayar kembali hutang
pinjaman pelajaran tersebut majoritinya terdiri daripada individu Melayu dan Muslim.
Demi Tiga Perkara,
Jerit Perih Diharungi Jua
tiada ibu bapa yang sanggup melihat anaknya keciciran dalam pelajaran, berakhir dengan kegagalan dan merempat di jalanan. Lantaran kasih sayang, mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi masa depan anak-anak dengan harapan, mereka akan menjadi orang yang soleh. Walaupun tidak mempunyai banyak harta dan wang ringgit untuk disedekahkan sebagai amal jariah, doa anak yang soleh lah yang akan memastikan bonus tambahan ini akan berterusan apabila mereka tiada lagi di dunia ini.
Dalam hadis sahih
riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: "Apabila seseorang telah meninggal dunia, putuslah segala
amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak
soleh yang mendoakannya."
Dahulu, ibu bapa sanggup
bergolok bergadai untuk memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak mereka.
Mereka sanggup bersusah payah demi membiayai pendidikan anak-anak. Maklumlah,
rata-rata ibu bapa pada waktu itu kebanyakannya bekerja sebagai petani atau
pekebun sahaja. Hanya segelintir sahaja yang tergolong dalam kategori yang
berkemampuan. Dengan segunung harapan agar anak-anak dapat mengubah masa
hadapan ke arah yang lebih cerah, ibu bapa sanggup mencagarkan keseluruhan masa
hadapan mereka sendiri.
Tahun demi tahun,
peluang pendidikan semakin terbentang luas seiring dengan peningkatan tahap
kecemerlangan akademik anak-anak dalam pelbagai bidang. Malah, kemudahan
pembiayaan pendidikan juga semakin bertambah seperti pinjaman JPA, MARA, PTPTN
sera pembiayaan daripada pihak swasta yang lain. Pihak bank komersial juga
turut menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman yang serupa. Ia ditawarkan kepada
semua lapisan pelajar berdasarkan pencapaian akademik mereka tanpa mengira
latar belakang ekonomu keluarga.
Tetapi pada masa yang
sama, keadaan ini secara perlahan-lahan menyebabkan ibu bapa semakin mengambil
ringan dan bersikap lewa dalam menyediakan keperluan dana pendidikan anak-anak
ke peringkat yang lebih tinggi.
Tanpa disedari, konsep
pinjaman pelajaran itu menjadi sinonim dengan institusi pendidikan tinggi sama
ada awam atau swasta. Malah, seolah-olah dirasakan mustahil pula untuk
melanjutkan pelajaran tanpa pinjaman walaupun di peringkat diploma.
Tabiat menabung untuk
pendidikan anak-anak semakin terhakis kerana dihimpit bebanan kawangan seharian.
Walaupun hakikatnya dengan hanya menabung sebanyak RM100 sebulan selama 18
tahun, ibu bapa akan berupaya mengumpul sebanyak RM21,600.00 untuk membiayai
peringkat awal pendidikan tinggi setiap seorang anak.
Wahai anak, Usah Jadi Si
Tanggang!
Segulung Ijazah teah
berada dalam genggaman si anak. Namun, ibu atau bapa yang menjadi penjamin bagi
pinjaman pelajaran masih tidak terlepas daripada tindakan undang-undang
sekiranya tidak ada rasa tanggungjawab si anak untuk melangsaikan hutang
tersebut.
Berkemungkinan, ibu bapa
disenarai hitamkan sehingga akhirnya diisytiharkan muflis. Malah, tindakan itu
boleh menutup peluang adik-beradik yang lain untuk mendapat pinjaman pelajaran
pula. Itulah akibatnya apabila anak yang ditatang seperti minyak yang penuh berubah
menjadi si Tanggang! Apabila penjamin tersebut terdiri daripada pihak ketiga,
keadaan akan menjadi lebih parah sehingga oleh menjejaskan silaturahim antara
pelbagai pihak. Wahai anak, lunaskan hutangmu.
Daripada Abu Hurairah r.a,
katanya : "Seseorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w, lalu
dituntut secara kasar. Melihat perkara itu, para sahabat tidak senang terhadap
orang tersebut.
"Lalu, Nabi s.a.w
bersabda yang bermaksud: 'Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan
seekor unta muda, kemudian berikan kepadanya."
"Kemudian para
sahabat berkata: 'Tidak ada unta muda Ya Rasulullah. Yang ada hanya unta dewasa
dan lebih bagus daripada untanya.'
"Baginda membalas:
'Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya, sebaik-baik kamu ialah yang
paling baik membayar hutang.'"
kredit : artikel ini
ditulis oleh Mahdzir md Isa, Perunding Kewangan Islam (IFP) yang dipetik dari
majalah SOLUSI keluaran 2012.
Kepada
peminjam PTPTN khususnya, PTPTN sedang mengadakan promosi bayaran balik dimana
pelarasan diskaun 20% bagi peminjam yang membayar lumpsum sehingga September
2013 dan pelarasan diskaun 10% kepada peminjam yang membayar secara konsisten
mengikut jadual bayaran balik yang telah dibina selama 12 bulan.
Contoh Pengiraan bagi pemberian diskaun 10%.
Baki hutang
: RM21000
Bayaran
mengikut JBB : RM200 (120 bulan)
Start
pembayaran pada Januari 2013
RM200 x 12
bulan = RM2400 (bayaran setahun)
10% x RM2400
= RM240 (jumlah diskaun setahun)
RM21000
(jumlah hutang keseluruhan) – RM2400 (bayaran setahun) - RM240 (jumlah diskaun
tahun pertama) = RM18360
Dan
berikutnya……… J
Sabda Rasulullah S.A.W : “ Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya” (Riwayat At-Tarmizi)
No comments:
Post a Comment