Saturday, May 25, 2013

wedding!!! 20042013_kak yatie & azhar

Sempena cuti sekolah nie, 
sangat banyak undangan perkahwinan yang diterima...
Terima kasih kpd yg mjemput..
& maaf krna xdapat nak memenuhi undangan kalian... 

Jadual kawen:-

25052013
En. Mohd Irwan a.k.a cikgu wan
(member opis yang dah bhenti..)
Hafiz & Iylia..

26052013
Cazen saya...
Member adik saya...

01&02062013
Dua pupu a.k.a abi yaziz
Azini (member USM)
ctmie (rmate 1st year saya)
Din (member opis)

Mood pergi kenduri kawen orang jea kn cuti2 sekolah nie...
tapi gambar2 kat bawah nie, bkn laa time cuti sekolah kali ini...
nie wedding bulan lepas....

Selamat Pengantin Baru to kak yatie & azhar... 
semoga berbahagia hingga ke syurga... 

Date : 20042013 (Sabtu)
at Simpang Pulai, Perak..







Next week....
Kami akan ke Kelantan...
kenduri kawen ex-romate saya...
semoga kak mie bahagia hingga ke syurga...
dapat anak2 yg comel & solehah...

^^
bile tyme saya???!!!!
Istikharah Cinta...

Friday, May 24, 2013

Tips lelaki bersaiz XS untuk kelihatan kacak bergaya... ^^

Pada pandangan umum, lelaki kurang menarik jika terlalu kurus, tak seperti wanita yang menonjol dengan imej XS.. lelaki pula dikatakan canggung, tidak maskulin apatah lagi bagi mereka yang kurus seumpama lidi.. ^^

Untuk mendapatkan penampilan menarik bagi lelaki bersaiz XS, mari cuba tips nie.. Tips ini diperolehi dari kecantikan.com.. ^^

RAMBUT
- Elak memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penambilan sedemikian akan menambahkan refleksi kamu yang bertubuh kurus. Sebaiknya, biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk wajah yang kecil.

MUKA
- Biarkan wajah sentiasa bersih dan dicukur rapi untuk memastikan penampilan lebih seimbang.

WARNA
- Pemilihan warna lembut atau warna tanah adalah bertepatan untuk menceriakan gaya penampilan kamu.

PAKAIAN
- Anda disaran memilih fabrik yang tebal. Bagi corak pula, sebaiknya elakkan memilih corak yang tidak sarat dan menegak. Elakkan memakai baju berpotongan leher V. Sebagai alternatif, pilihlah baju berpotongan leher turtle neck atau crew neck.

JAKET
- Langkah terbaik sekiranya kamu memilih jaket dan vest untuk menutupi tubuh yang kurus. Selain menyerlahkan penampilan, ia secara tidak langsung menampakkan tubuh yang lebih besar.

SELUAR
- Seluar berpotongan lurus amat sesuai untuk kamu. Selain itu, perincian pada poket juga mampu memberikan impak, di samping pemakaian seluar boxer akan membantu mengubah saiz seluar walaupun sedikit.

AKSESORI
- Jangan ragu memilih aksesori pelengkap gaya. Tidak salah kamu menggayakan beg sandang, topi mahupun berkaca mata hitam. Seeloknya manfaatkan aksesori untuk mengimbangi tubuh anda.

KASUT
- Anda perlu bijak bermain dengan warna dan tidak statik memilih kasut jejaka di pasaran termasuk warna-warna hangat mampu mengimbangi penampilan diri.

Selamat mencuba kepada si jejaka XS!!!!! ^^ 

Istikharah kepada Allah, Musyawarrah dengan Manusia

Apabila ada perkara yang ingin diadukan dan diminta pandangan, carilah Allah. Insafi dosa yang telah dilakukan, bermohon kepada Allah tanpa rasa jemu dan berbahagialah dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan.

Seseorang yang ingin beristikharah kepada Allah perlu melakukan solat sunat istikharah di samping tidak meninggalkan apa-apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas solat.

Musyawarah dengan manusia pula ialah seseorang meminta pandangan dan nasihat para ulama dan orang soleh berkenaan perkara yang ingin diminta.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :"Apabila seseorang daripada kalian berhasrat pada sesuatu, tunaikanlah dua rakaat yang bukan fardu." (Riwayat al-Bukhari, al-Tarmizi dan lain-lain).

Namun, dalam musyawarah dengan seseorang, seelok-eloknya orang tersebut mestilah:
- Soleh & bertakwa
- Berilmu
- Berpengalaman dalam sesuatu hal dengan jalan yang benar
- Amanah

Allah s.w.t menyuruh Rasulullah s.a.w bermusyawarah dengan para sahabat dalam urusan peperangan dan permasalahan keduniaan serta mengambil pendapat mereka seperti yang terdapat dalam ayat 159 surah Ali 'Imran supaya menjadi teladan kepada umat Islam untuk mengaplikasikan musyawarah dalam urusan mereka.

(Kredit : Solusi magazine)

Solat istikharah bukan untuk pilih jodoh semata-mata, tapi pelbagai aspek yang memerlukan kita untuk buat pilihan. Misalnya, untuk memilih ketua, memilih kerja dan sebagainya...

Terdapat beberapa step untuk solat istikharah yang boleh dijadikan panduan:- 
Must try ok!!!!! 


Step 1 : Sebelum Istikharah

  • Istikharah hanya pada perkara dunia yang harus sahaja
  • Bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa dan kesalahan yang dilakukan
  • Neutral iaitu tidak mempunyai apa-apa kecenderungan terhadap pilihan yang ada
  • Disunatkan juga bermusyawarah dengan orang yang boleh dipercayai atau pakar dalam sesuatu bidang sebelum istikharah
  • Memastikan diri tidak terlibat dengan sumber harta yang haram
  • Memilih waktu yang mustajab untuk doa
  • Berwuduk dengan sempurna
Step 2 : Semasa Istikharah
  • Menunaikan solat sunat dua rakaat
  • Bacaan surah. Rakaat pertama : surah al-kafirun Rakaat kedua : Surah al-ikhlas
  • Selepas salam, baca doa istikharah berikut:-
    • Maksudnya " Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu, dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu, dan aku memohon daripadaMu dengan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya, Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirkan ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya. Seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutlah urusan yang dimaksudkan) mendatangkan keburukan bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkan aku daripadanya dan takdirkan kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redailah aku dengannya." (Riwayat Ibn Majah, Abu daud dll)
Step 3 : Selepas Istikharah
  • Meneruskan solat dan doa istikharah hingga tiga kali
  • Memerhatikan alamat yang mungkin ada seperti mimpi atau kecenderungan hati
  • Jika telah memperoleh jawapan, bersyukurlah kepada Allah
  • Jika keputusan yang diambil kurang baik, maka ia mungkin disebabkan kurang peka dengan jawapan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t, tersilap membuat pilihan, telah mempunyai kecenderungan hati sebelum istikharah atau pelbagai kemungkinan lain. Oleh sebab itu, janganlah menyalahkan Allah, sebaliknya terimalah ia sebagai satu ujian yang menguji kemantapan iman terhadap qada dan qadar.



Note :- Apakah hasil yang kita dapat selepas itikharah? Hasilnya kita akan berasa bahagia kerana:

  1. Sebelum istikharah : Berserah diri kepada Allah s.w.t
  2. Semasa Istikharah: Tenang
  3. Selepas istikharah : Reda dengan ketentuan Allah
Semua kita semua dapat petunjuk dariNya... :)

~♥♡ Sayonara Peydee! ~♥♡

Hujung minggu di PD!!!! plan yang xberapa nak plan.. agak last minute... tapi sangat menjimatkan kos!!!! :)

Kos ke PD kali nie cuma untuk makanan, tol & minyak kete jea... hotel ada orang sponsor (tunang zaza).. kete (pakwe azie) pun main pinjam jea dgn orang kn?? ape2 pun terima kasih kpd mereka yang menaja kami!!! hik3x....

Sabtu 18/05/2013

Aktiviti kitorang bermula sabtu malam ahad.. ^^.. Mari berBBQ... 

Menu malam ini :- 
Nasi impit + kuah kacang
Nasi goreng cina
Sandwic
Ayam BBQ
Kerang bakar
Salad
Buah mangga

 Nampak mcam sikit.. tapi sebenarnya banyak sgt... hinggakan masing2 dah xmampu nak makan..
orang kata xbaik membazir kan? Disebabkan malam tue, ramai sangat orang kt pantai tue.. 
marilah kita bersedekah.. Sedekahkan makanan2 kpd mereka yg xbwak makanan, just lepak2 mungkin...

we all 'srikandi' PPN Perak!!!!
'srikanda' sorang tue, en.tunang zaza... :)

Ahad 19/05/2013

lepas subuh jea, 
masing2 xtido dah.. sangat teruja tengok pemandangan pagi hari dari balkoni..
terus siap2 untuk mandi pantai..
mereka kata baik untuk kesihatan kulit... 
huhuhu... 

'sekadar hiasan'

paling menarik, naik banana boat...
detik mencemaskan ditengah laut.. dua orang antara kitorang terjatuh dari banana boat nie...
tapi tangan masing2 masih kemas memegang tali pada boat tue...
b'usaha untuk naik kembali..
muka cuak jea masing2 kn...
ehehehe...
aku duk 'kih3x...' gelak...

note :- BBQ nie pada asalnya nak buat suka2 antara kami...
but last minute, jadi cam detik perpisahan dgn bakal cikgu..
"Cikgu WAWA''
selamat tinggal mu officemate + romate ku....
hahaha... :p


MENARA GADING BERJAYA DIDAKI, HUTANG JANGAN DI PANDANG SEPI


“Zali, kau dah mula bayar pinjaman PTPTN?” tanya Lia kepada Zali.

“Belum lagi. Kenapa? Kau dah dapat surat peringatan? Aku baru mula kerja dua bulan, tapi kau dah dua tahun kerja,” jawab Zali.

“itu yang aku bingung. Memang aku dah kerja dua tahun, tetapi bukan dapat gaji ijazah pun! Cukuplah untuk tampung kos hidup di KL. Nak bayar hutang PTPTN memang belum cukup lagi. Aku dah dapat suat peringatan, apa yang aku perlu buat? Kasihan juga penjamin pinjaman aku, dia juga dapat surat peringatan” Keluh Lia.

“Kau jangan risau. Ramai orang yang tak bayar hutang PTPTN. Buat tak tahu saja. Lagi pula, tak mungkin dapat dikesan semua ribuan bekas peminjam.” Zali memberi cadangan lanjut.

“Ish, tak boleh zali. Aku tak mahu tanggung dosa, nanti tak berkat rezeki aku. Aku ingat nak hantar surat rayuan, mana tahu boleh dipertimbangkan lagi,” Lia memberi kata putus.

Begitulah dialog antara dua sahabat yang merupakan bekas peminjam pinjaman pelajaran. Isu tunggakan bayaran balik pinjaman pelajaran sama ada PTPTN, MARA atau JPA semakin kritikal tahun demi tahun.
Mengikut laporan Bernama bertarikh 7 April 2011, seramai 214,790 peminjam PTPTN belum membuat pembayaran balik kepada perbadanan itu yang membabitkan jumlah hutang sebanyak Rm1.1 billion, sejak tahun 1997 hingga 28 Februari 2011.

Bilangan itu adalah daripada jumlah keseluruhan peminjam iaitu seramai 887,995 orang yang sepatutnya membuat pembayaran balik pinjaman tersebut.

Mahu atau tidak, kita terpaksa akur dengan statistik yang membuktikan bahawa daftar peminjam tegar yang enggan membayar kembali hutang pinjaman pelajaran tersebut majoritinya terdiri daripada individu Melayu dan Muslim.

Demi Tiga Perkara,
Jerit Perih Diharungi Jua

tiada ibu bapa yang sanggup melihat anaknya keciciran dalam pelajaran, berakhir dengan kegagalan dan merempat di jalanan. Lantaran kasih sayang, mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi masa depan anak-anak dengan harapan, mereka akan menjadi orang yang soleh. Walaupun tidak mempunyai banyak harta dan wang ringgit untuk disedekahkan sebagai amal jariah, doa anak yang soleh lah yang akan memastikan bonus tambahan ini akan berterusan apabila mereka tiada lagi di dunia ini. 


Dalam hadis sahih riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang telah meninggal dunia, putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya."

Dahulu, ibu bapa sanggup bergolok bergadai untuk memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak mereka. Mereka sanggup bersusah payah demi membiayai pendidikan anak-anak. Maklumlah, rata-rata ibu bapa pada waktu itu kebanyakannya bekerja sebagai petani atau pekebun sahaja. Hanya segelintir sahaja yang tergolong dalam kategori yang berkemampuan. Dengan segunung harapan agar anak-anak dapat mengubah masa hadapan ke arah yang lebih cerah, ibu bapa sanggup mencagarkan keseluruhan masa hadapan mereka sendiri. 

Tahun demi tahun, peluang pendidikan semakin terbentang luas seiring dengan peningkatan tahap kecemerlangan akademik anak-anak dalam pelbagai bidang. Malah, kemudahan pembiayaan pendidikan juga semakin bertambah seperti pinjaman JPA, MARA, PTPTN sera pembiayaan daripada pihak swasta yang lain. Pihak bank komersial juga turut menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman yang serupa. Ia ditawarkan kepada semua lapisan pelajar berdasarkan pencapaian akademik mereka tanpa mengira latar belakang ekonomu keluarga.

Tetapi pada masa yang sama, keadaan ini secara perlahan-lahan menyebabkan ibu bapa semakin mengambil ringan dan bersikap lewa dalam menyediakan keperluan dana pendidikan anak-anak ke peringkat yang lebih tinggi. 

Tanpa disedari, konsep pinjaman pelajaran itu menjadi sinonim dengan institusi pendidikan tinggi sama ada awam atau swasta. Malah, seolah-olah dirasakan mustahil pula untuk melanjutkan pelajaran tanpa pinjaman walaupun di peringkat diploma.

Tabiat menabung untuk pendidikan anak-anak semakin terhakis kerana dihimpit bebanan kawangan seharian. Walaupun hakikatnya dengan hanya menabung sebanyak RM100 sebulan selama 18 tahun, ibu bapa akan berupaya mengumpul sebanyak RM21,600.00 untuk membiayai peringkat awal pendidikan tinggi setiap seorang anak.

Wahai anak, Usah Jadi Si Tanggang!

Segulung Ijazah teah berada dalam genggaman si anak. Namun, ibu atau bapa yang menjadi penjamin bagi pinjaman pelajaran masih tidak terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya tidak ada rasa tanggungjawab si anak untuk melangsaikan hutang tersebut. 

Berkemungkinan, ibu bapa disenarai hitamkan sehingga akhirnya diisytiharkan muflis. Malah, tindakan itu boleh menutup peluang adik-beradik yang lain untuk mendapat pinjaman pelajaran pula. Itulah akibatnya apabila anak yang ditatang seperti minyak yang penuh berubah menjadi si Tanggang! Apabila penjamin tersebut terdiri daripada pihak ketiga, keadaan akan menjadi lebih parah sehingga oleh menjejaskan silaturahim antara pelbagai pihak. Wahai anak, lunaskan hutangmu.

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya : "Seseorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dituntut secara kasar. Melihat perkara itu, para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. 
"Lalu, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan seekor unta muda, kemudian berikan kepadanya." 
"Kemudian para sahabat berkata: 'Tidak ada unta muda Ya Rasulullah. Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.'
"Baginda membalas: 'Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya, sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.'"

kredit : artikel ini ditulis oleh Mahdzir md Isa, Perunding Kewangan Islam (IFP) yang dipetik dari majalah SOLUSI keluaran 2012.

Kepada peminjam PTPTN khususnya, PTPTN sedang mengadakan promosi bayaran balik dimana pelarasan diskaun 20% bagi peminjam yang membayar lumpsum sehingga September 2013 dan pelarasan diskaun 10% kepada peminjam yang membayar secara konsisten mengikut jadual bayaran balik yang telah dibina selama 12 bulan.


Contoh Pengiraan bagi pemberian diskaun 10%.

Baki hutang : RM21000
Bayaran mengikut JBB : RM200 (120 bulan)

Start pembayaran pada Januari 2013

RM200 x 12 bulan = RM2400 (bayaran setahun)

10% x RM2400 = RM240 (jumlah diskaun setahun)
RM21000 (jumlah hutang keseluruhan) – RM2400 (bayaran setahun) - RM240 (jumlah diskaun tahun pertama) = RM18360

Dan berikutnya……… J

Sabda Rasulullah S.A.W : “ Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya” (Riwayat At-Tarmizi)

Monday, May 6, 2013

Hari Buruh!!!!!!!

selamat hari buruh kepada buruh2 di Malaysia pada tanggal 1 Mei yang lalu... First time meraikan hari buruh bersama2 buruh2 lain bagi cawangan Perak!!! ahaha...

Kebetulan, cuti 1 Mei. Kebetulan jugak duit claim masuk beratus2 hasil outstation bulan sebelumnya... Hasilnya lagi, sama2 meraikannya di SOGO KL dengan membeli belah... woahhhhh... GILAAA semuanya bila tengok SALE kn???? Handbag berjenama yang beratus2 regernya jadi RM99 jea...but for me, still MAHAL ag tuhhh!!! jngan harap ak beli... muahaha.... tapi tgk kegilaan kawan2 ak pilih2 handbag... then terus blalu ke foodcourt... Perut ak lebih penting dari handbag...hik3x....

tgk!!!!
banyaknya awak shopping... hahaha... :p


Hasil 1 MEI!!!!! 

Memang dari dulu, ak xminat sangat kot tengok baju, handbag kasut dan sebagainya.. tapi ak sangat teruja bila tengok baju baby girl or baju budak2 perempuan.. Dulu, adik ak kecik lagi... memang suka beli kat dia... Tapi 1 Mei baru nie, teruja tengok baju baby... dan saya ada anak buah baru b'usia 1 bulan.... hoyehhh!!! shopping utk die... next week teruja nak tengok princess imelda.... 

Photo: Imelda da masuk sebulan :)
#princess imelda#
adik kepada prince iman... 
(gmbar cilop dari FB mummy die..akak pnjam)

so sweet this baby... sejibik mummy die...