Biasanya orang akan bercakap pasal kawin awal.. tapi kali ni, nak bcakap soal kawin awal.. bukan apa, untuk mewujudkan pemikiran yang positif dalam kepala otak sendiri sebenarnya..hahaha.. Al-maklum laa, kawan2 saya sekolah rendah dah 3 orang yg kawen, geng sekolah menengah tinggal lagi 2 orang xkawen.. yang 5 orang lagi tu dah ada baby dah pun.. jeles oooo.... tp sy tau, jodoh saya belum sampai lagi...
sebab tu laa, nak kena positifkan diri sendiri..hahaha... mungkin boleh juga bkongsi dengan mereka2 yg seangkatan dengannya...weeeee....
okeihhh... ni bukan saja2 saya duk cipta tuk positif tau.. tapi saya petik dari majalah wanita, bahagian motivasi yang btajuk 'DIALOG TENTANG JODOH'...
Dr. HM Tuah Iskandar, menyatakan ada 4 kebaikan berkahwin awal..
1) Minda lebih matang
- Yea laa.. Usia akan mematangkakn pemikiran kita... Kalau pasangan muda, sering ada masalah, kerap bergaduh.. sebabnya masing2 xsabar, maklum jea laa darah muda... kan?
2) Ekonomi Stabil
- Biasanya yang kawin lambat ni, lebih fokus pada kerjaya kan? Sekurang2nya bila kawin, kita mungkin dah ada rumah sndiri, xperlu nak myewa.. ekonomi pulak makin stabil laa kn?
3) Pengetahuan dan kemahiran yang sempurna.
- Contohnya, ambil aspek kerja.. biasanya yang lambat kawin ni sebab sibuk belajar. Bila belajar banyak tu maknanya lebih banyak ilmu.. Bila banyak ilmu tandanya kita mahir..
4) Lebih bersedia dan berkeyakinan.
- Kita lebih bersedia untuk bergelar isteri dan bergelar ibu apabila masanya tiba kelak... Bila tiba jodoh tu, kita boleh menjadi sebaik2 isteri dan ibu.. Kematangan akan terserlah, kesabaran akan meningkat, sifat keibuan ibu lebih menonjol melalui kata2, perbuatan dan keputusan2 yg akan diambil pada saat2 kritikal..
Firman ALLAH dalam Surah Al-Baqarah (Ayat 269);
Maksudnya :- DIA memberikan hikmah (kebijaksanaan) kepada siapa yang DIA kehendaki. Barang siapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang2 yang mempunyai akal sihat..
Saturday, February 9, 2013
F@MiLy D@y♥GaLa NitE DiNnEr
Tempat : Bukit Gambang Waterpark..
Tarikh : 2 & 3 Februari 2013
Sabtu 2 Februari 2013.
Ktorg btolak dari office kol8.30 pg..
sampai ke gambang waterpark resort dalam kol 1 maybe...
Settlekn urusan pndaftaran n amek baju seme..
dalam 2.30 baru dpt masuk bilik....
1 bilik sepatotnya 6 orang jea...
tp ktorang duk 7 orang..
yea laa.. 7 orang jea wakil PPN Perak kn...
kesian pulak kt salah sorang antara ktorg t kn..
'Sorang lagi jd camerawoman..hehe'
Aktiviti petang..
Sukaneka air... tp xjoin pun..
So, ktorg buat sukaneka sndiri...
Main apa bnda ntah nama tue...
seyes, first time kot main bnda tue...
dan sgt myeramkn...
mcm nk tcmpak keluar dari terowong tu..
smpai jea bawah..
rasa pening giler... then terus t'duduk kat tepi2 kolam tu..
smbil duk tgk sukaneka and gelak kt org2 yg main tue... hahaha...
member2 ak yg lain seme nak p main lg..
'Gala Nite Dinner'
Malamnya pulak,
tiba laa masa2 kemuncaknya..
tp byk mslah time nie.. sakit jiwa ada gak...
ngantok tue mmg msalah utama laa bg ak.. dh tbiasa tido kol9..
huhuhu...
Makanan dinner sgt2 laa xsedap...
dah laa xsedap.. mbuatkn semua org kot main kejar2 dgn tndas..
hohohoho...
tue paling xmampu nk tanggung....
persembahan malam ni,
of course laa semenya pasal fairy tale..
mengikut tema laa katakn...
tp yg menarik perhatiannya... budak2 kecik yg duduk ramai2 depan pentas tue..
semangat sgt duk tgk psembahan...
time ada kuar lagu gangnam style lagi laa buat ak gelak..
budak2 nie siap duk menari2 kononnya...
happening...
Ahad 3 Februari 2013
'Breakfast sblm meninggalkn Bukit Gambang Waterpark'
'Menunggu saat nak balik KL'
Hari ahad nie xada apa yg menarik...
sbb time nie duk main kejar2 tandas jea...
xde hati untuk buat apa2 pun...
dalam bas pun duk tanggung sakit perut jea...
hampehhhhhh.... :p
Arkitek Lego Land!!!!
Dedikasi buat orang yang akan pergi selamanya...hahahaha....
Bila kita bkerja ni, xleh laa nak serius sangat kn? Nanti leh jadi tension pulak.. Untuk mendapatkan suasana kerja yang best, penuh gelak tawa, muka xlaa ketat sangat time wat keje ni, encik arkitek nie selalu mbuatkan orang2 kat office ni menjerit, gelak, sakit jiwa pun ada gak kadang2... Hahaha...
Tak sangka perangai macam tu wehh.. masa mula2 masuk Perak HQ.. Ingatkn pendiam, pemalu jea encik arkitek nie.. tapi sebenarnya, masyaAllah... PERANGAI... Mengalahkan kanak2 riang kat tadika tue...hahaha... Kalau sehari xmgusik kawan2 kat office nie xboleh agaknya.. Ada jea benda dia buat.. Sorok barang orang laa... menyusun barang orang ala2 arkitek lego tengah plan nak wat lego plan jea...
nie baru sikit ni.. xtgk lagi benda2 lain.. aku rasa laa kn.. dia ni t'salah bidang time belajar kat 'U' dulu.. tu dia aplikasikn kat office nie.. habis barang2 semua orang jadi mangsa.. kalau ada sesapa hilang barang2 cam nie, korang tau2 jea laa nak cari sape kn??? haha...
Walaupun, ko nie selalu buat kitorang ni sakit hati kn, tapi sedih juga laa bila dengar ko dapat offer keje lain.. cuba tanya wawa, cuba tanya k.nur, cuba tanya sanah.. semua akan jawab bnda yg sama.. Hahhh...tp peduli apa ak.. pergi kau nyah dari sini...hahahahahahaha.....
Mulai minggu depan, tiada lagi ARKITEK LEGO LAND kat office nie... Mungkin akan btambah sunyi laa kan office yang xberapa nak ada orang nie.. xakan ada orang mjerit cari barang yang hilang, xkan ada orang buat muka bengang.. dan yang paling penting, XADA ORANG SUKA2 ATI PIJAK KAKI AK..... hahaha...
Pape pun, tahniah laa weyh dah dapat keje baru.. cam ak cakap rezeki ko nak kawen laa tue... dan paling penting, kawen jangan lupa jemput kitorang... jemput jea.. kitorang datang ke x tue lain citer... bulan 5 kn??? take note tue...hahaha..... jangan buat perangai loglak sangat na keje tmpat baru.. kat office nie xpe.. kitorang mmg best.. kat sana, cnfirm hat serius2 jea wat keje...hahaha... xkn dapat lg laa officemate cm ktorang nie.. weeee...lastly, Semoga Maju Jaya!!!!!
Sunday, January 27, 2013
Jom jadi Penyiasat tuk kenal pasti tanda pasangan PENDERA
Pasangan hidup adalah sahabat yang akan sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan sama ada susah mahupun senang. Kerana itulah wanita seharusnya perlu cerewet sebelum mengatakan "YA' kepada sebuah perkahwinan.
Oleh itu, kita perlu memahami tanda-tanda lelaki pendera yang boleh mengundang bencana dalam hidup. Kenalinya melalui petanda2 ini agar kita sentiasa berhati-hati ketika berhadapan dengannya.
a) Terlebih romantis
Adakah si dia terlalu romantis? boleh dikatakan hampir setiap hari korang menerima madah2 cinta darinya. Malah kenyataan dia xboleh hidup tanpa korang pasti membuatkan perasaan jadi berbunga2. Kuatkan diri, jangan terus hanyut dengan kata2nya. Jadilah seorang yg realistik dan timbangkan perkara ini semasaknya. Ingatlah, lelaki yang kelihatan keras pada awalnya sebenarnya mempunyai naluri yang halus dan penyayang. Tetapi, dalam masa yang sama, korang perlu juga berhati2 dan peka pada setiap respons yang diberikan. Lazimnya, mereka ini sukar dijangka, perubahan boleh berlaku bila2 masa shaja.
b) Panas Baran
Sikap 'king control' cukup keterlaluan. Kalau putih katanya, maka putihlah jawapannya. xblh dibantah langsung. Bkn stakat itu sahaja, bila naik darahnya, maka banyaklah barang berhampiran dengannya akan dirosakkan dan kata2 makian yang akan dikeluarkan. Tetapi, setelah marahnya mulai reda, kata-kata maaf dan penyesalan akan meniti di bibirnya malah berjanji untuk tidak mengulang perbuatan itu lagi.
c) Mudah Cemburu Buta
Hubungan cinta perlu ada perasaan cemburu. Jika tidak hilanglah keseronokkannya. Tak salah tetapi janganlah keterlaluan. Cemburu yang melampau boleh menyesakkan pasangan untuk menerima diri kita seadanya.
Walaupun temat rapat korang, dia tetap menyimpan rasa cemburu. Lebih teruk lagi dia meminta anda melaporkan setiap aktiviti yang dilakukan dengan baik lokasi, tujuan, dengan siapa, keperluan ke sana dan macam2 lagi. Sanggup ke korang diperlakukan begitu? Di peringkat awal mungkin kita boleh bertahan tetapi kalau sudah enam bulan dan seterusnya, di mana pula kepercayaan dia terhadap korang?
(Lama2 naik rimas juga kan? Sedangkan dia keluar tanpa bagitau dengan siapa dan kemana dia nak keluar)
d) Emosi Tak Stabil
Pelik bukan apabila pasangan yang pada mulanya mudah diajak bicara, bergelak ketawa bersama tiba2 berubah laku sekelip mata hanya kerana tersilap sedikit kata. Mudah sungguh dia melempiaskan marah malah senyuman yang tadinya manis menghiasi wajah terus berganti dengan ekspresi yang mencuka.
Bingung memikirkannya tetapi itulah yang terjadi. Mungkin pasangan korang mempunyai dua personaliti? Mungkin ya dan mungkin tidak. Kerana hal ini, korang akan mula rasa tidak selesa ketika bersamanya. Apa taknya, bimbang 'cuaca yang baik' berganti 'ribut' hanya kerana sesuatu yang kecil. Pendekatan yang baik adalah berdiam diri tetapi hambarlah hubungan kerana tiada keceriaan. Korang juga mesti dihimpit rasa keliru lantaran memikirkan sikapnya yang tak konsisten.
(Benda ni laa yang aku selalu rasa... dan membuatkan aku tension dan semakin hari hati aku semakin menjauh..)
e) Teguran tidak bertempat
Bagusnya memiliki pasangan yang mudah menegur kesalahan atau kelemahan kita. Setidak2nya dia telah menunjukkan keprihatinannya. tetapi teguran itu perlulah dilakukan dengan cara serta masa yang betul. Jangan main sedap mulut jea.. (Segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong..kosong...hehe). Sikap pasangan yang gemar memperlekehkan atau merendah2 kan diri korang harus dipandang serius.
Jangan t'lalu menurut atau redha jea dengan apa yang berlaku. Walaupun satu saat korang dah bergelar isteri tetapi tidak bermakna korang boleh diperlakukan dengan sewenang2nya. Korang punya hak untuk bersuara dan membetulkan keadaan. Jangan kerana korang gagal memenuhi selera pasangan maka korang semudahnya dikritik dengan hebat. Timbanglah dengan sebaik2nya.
f) Sikap terburu-terburu
Baru dua bulan berkawan, si dia sudah mengajak korang menjalin hubungan ang serius dengannya. Kata2nya begitu menyakinkan apatah lagi menyentuh bab pertunangan dan perkahwinan. Nampak mcm sorang lelaki yang jujur dan bersedia untuk memberi komitmen tetapi jgn tperangkap dengan keadaan tsebut. Sekali sekala fikirkan juga kesan negatif sblm positif.
Jika pasangan yg korang kenali mpunyai watak sebegini maka berwaspadalah. Jadilah seorang penyiasat yang hebat sebelum kata putus dibuat. Tidak mustahil ada agenda tersembunyi yang telah dirangka. Siapa tahu? Minta tempoh darinya untuk lebih mengenali diri masing2 bagi mengelakkan timbulnya penyesalan di kemudian hari...
Cara Jauhi Migrain
Migrain adalah penyakit umum bagi kebanyakan orang. Ia merupakan masalah kesihatan yang dihadapi lebih dari 10 peratus daripada populasi dunia. Terdapat beberapa cara untuk diamalkan agar tidak diserang penyakit ini. Antaranya:-
1) Makan tepat pada waktu
- Melewatkan makan atas alasan apa sekali pun boleh mempengaruhi kesihatan dalam pelbagai cara. Jika kita menghidap migrain serts berdiet pada masa yang sama, jangan lakukan kesalahan dengan melewatkan waktu makan, mahupun meninggalkan waktu makan. Ini akan memudaratkan lagi masalah migrain yang dihidapi.
- Ketika tubuh kehilangan lemak berlebihan (akibat melewat atau meninggalkan makan dan berdiet), kadar gula dalam darah meningkat seterusnya menyebabkan migrain. Selain itu, asid pada perut boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan sakit kepala. Jadi, elakkan dari menunda waktu makan. Makan pada waktu tepat dan teratur.
2) Olahraga
- Tubuh yang sihat menghasilkan fikiran yang sihat. Untuk kekal cergas dan aktif, kita perlu berolahraga secara teratur. Hal ini boleh membantu menghindari serangan migrain.
3) Tidur yang cukup
- Terlalu banyak tidur atau kurang tidur dapat mempengaruhi tubuh anda. Pastikan anda mendapatkan tidur mencukupi untuk menghindari sakit kepala dan migrain. Idealnya, orang dewasa perlu tidur selama enam hingga tujuh jam dan tidak melebihi dari sembilan jam sehari. Atur jadual tidur untuk hasil yang lebih baik.
4) Berhenti Merokok
- Tabiat merokok atau minum alkohol boleh meningkatkan serangan migrain. Nikotin bukan sahaja menyebabkan radang di saluran tekak dan peru-paru tetapi juga membuat kita ketagih. Alkohol pula mengandungi tyramine yang boleh menjadi punca migrain. Bukan sahaja memabukkan tetapi kita juga boleh diserang migrain yang teruk.
Maklumat ni diperolehi daripada majalah Wanita sebagai perkongsian kepada semua... :)
Saturday, January 26, 2013
Keputihan
Setiap perempuan akan mengalami masalah keputihan. Yang menjadi tanda tanya, adakah ia normal atau sebaliknya dan sejauhmana masalah ini memberi kesan kepada badan?
Secara umum, keputihan berasal daripada kelenjar vagina dan pangkal rahim yang menghasilkan cecair yang mengalir keluar bersama lapisan sel mati pada dinding kemaluan. Sebenarnya, keputihan itu membantu membersihkan kawasan vagina daripada jangkitan kuman dan kebiasaanya tidak berbau.. Bagaimanapun, jika berlaku perubahan warna, berbau serta mengalami kegatalan pada vagina, kemungkinan besar kamu telah dijangkiti kuman..
Terdapat 2 jenis keputihan iaitu normal dan abnormal.
Jika dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal itu boleh dijadikan ukuran tahap kesuburan gadis. Sekiranya cairan putih bening itu sepanjang 20 sentimeter, ia menandakan kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.
Jika dalam keadaan abnormal pula, ia berupa cairan seperti susu, cairan yang likat berwarna kekuningan atau kadang2 seperti gumpalan yg boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan itu boleh bewarna kekelabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
Cara Pencegahan..
Langkah 1 :- Banyakkan minum air putih
Langkah 2 :- Selesai mbuang air, pastikan kamu mbersihkan vagina dari hadapan ke belakang. Tindakan itu, bagi mgelakkan kuman bpindah ke kemaluan.
Langkah 3 :- Gunakan seluar dalam drpd jenis kapas t'utama pd waktu siang bg mbolehkn alat sulit kamu 'bnafas'
Langkah 4 :- Sebaik-baiknya, gunakan panty liner drpd jenis herba kerana mampu menyahkan bau yg tidak myenangkan.
Langkah 5 :- tukar sabun pembasuh atau pelembut fabrik jika bahan tersebut menjadi punca gangguan.
Langkah 6 :- Elakkan daripada berendam dalam mandian buih terlalu lama
Langkah 7 :- Hindarkan daripada menggunakan seluar yang ketat.
Langkah 8 :- Digalakkan mgunakan pencuci yg boleh mengelakkan keadaan asid atau mgandungi antiseptik yg mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.
\Langkah 9 :- Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang diproses. oleh itu, makanan seperti mi, roti dan kek perlu dikurangkan.
Jenis Jangkitan
Kurap candidas atau monilia
- Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal
Parasit trichomonas vaginalis
- Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.
Bakteria gardnella
- Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Berwarna kekelabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.
Petua yang mungkin boleh membantu..
> Bagi kamu yang mengalami masalah keputihan, disarankan mencuba petua ini. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Cuci sehingga bersih, sebelum direbus. Setelah mendidih, masukkan sedikit garam dan biarkan air rebusan menjadi suam. Gunakan air rebusan itu untuk mencuci. Lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.
(Sumber: Utusan Malaysia, com.kesihatan)
Karnival Sukan
Majulah sukan untuk Negara.. ahaha..
Saya bukanlah seorang yg aktif dalam bsukan.. cuma aktif dalam persatuan jea.. tapi bila ada karnival sukan cam ni kat office, rasa teruja kot nak join.. walaupun sedar kekurangan pada kaki yang xberapa nak mengizinkan aku terlalu aktif bersukan..hahaha... dalam macam tu pun, tup2x aku isi nama untuk join bola jaring and futsal... Heee...
Sabtu 19/01
Berlangsungnya karnival sukan PTPTN kat Sekolah Sukan Bukit Jalil.. Jauh perjalanan luas pemandangan.. hee.. Hari sabtu nie just bola tampar n bola jaring jea.. So, confirm laa saya masuk bola jaring jea.. Tapi2.. xmain pun.. sbg SIMPANAN TETAP jea.. hahahaha... dah tau kaki xbape betol, gatai isi nama jugakkn... xkisah laa... kitorang wakil ZON 1.. bg pjbat pngurus negeri Perak, KL n Selangor... training 3 hari jea.. bape jam laa sgt.. xsmpai 3 jam pun kot.. tp alhamdulillah, team ktorang Naib Johan.. Tahniah korang...
Saya bukanlah seorang yg aktif dalam bsukan.. cuma aktif dalam persatuan jea.. tapi bila ada karnival sukan cam ni kat office, rasa teruja kot nak join.. walaupun sedar kekurangan pada kaki yang xberapa nak mengizinkan aku terlalu aktif bersukan..hahaha... dalam macam tu pun, tup2x aku isi nama untuk join bola jaring and futsal... Heee...
Sabtu 19/01
Berlangsungnya karnival sukan PTPTN kat Sekolah Sukan Bukit Jalil.. Jauh perjalanan luas pemandangan.. hee.. Hari sabtu nie just bola tampar n bola jaring jea.. So, confirm laa saya masuk bola jaring jea.. Tapi2.. xmain pun.. sbg SIMPANAN TETAP jea.. hahahaha... dah tau kaki xbape betol, gatai isi nama jugakkn... xkisah laa... kitorang wakil ZON 1.. bg pjbat pngurus negeri Perak, KL n Selangor... training 3 hari jea.. bape jam laa sgt.. xsmpai 3 jam pun kot.. tp alhamdulillah, team ktorang Naib Johan.. Tahniah korang...
nampak tue.. nampak tue..
hehehe.. :)
Khamis 24/01
Berlangsungnya plawanan futsal pulak... hat nie lg lawak.. dah laa xpernah2 main futsal.. training pun xsmpai 10 minit.. tiba2 nak lawan jea... memang laaaaa... team lain of course laa terer2..ganas lak tue main.. team ktorang, alahai sopannya tendang bola.. tmasuk ak..haha... tp ak main 2 minit jea.. dah tau kaki bangku, gatai nak main futsal kn... pape pun xde rezeki, team ktorg kalah... tp lepas jugak laa masuk semi final kn.. ok laa tue...
tp team lelaki jabatan ktorg, alhamdulillah.. dapat naib johan...wakil2..haha :)

mereka naib juara...
Next week masa yang ditunggu2.. yeapiii...hoyeh2x... bab kate wawa.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




