Monday, December 24, 2012

takdir itu indah

setiap manusia pasti mahukan yang terbaik untuk diri mereka.. sebagai manusia, kita sering berharap apa yang kita miliki itu adalah yang terbaik buat kita... sehinggakan ada manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang dirasakan terbaik pada mereka.. dan ada juga manusia yang melakukan perkara diluar jangkaan kerana kecewa tidak dapat apa yang diinginkan dan merasa hidup mereka musnah.

tapi, setiap apa yang kita rasakan terbaik, belum tentu ia terbaik buat kita.. setiap apa yang berlaku, yang diterima adalah pemberian Allah... sebagai manusia, ikhlaskan hati dengan setiap pemberiannya.. Kadang2 Allah beri kita dugaan dalam hidup, supaya kita mjadi lebih tabah dan kuat... kadang2 kita tak sedar, disebalik kejadian ada hikmah yang tersembunyi... begitu juga jodoh... 

kadang2 kita rasa dia lah yang terbaik buat kita.. kadang2 kita rasa dia lah jodoh kita.. kadang2 kita rasa hanya dia yang mampu bahagiakan kita...

tapi, dipertengahan jalan, semua tu tkubur... ada pemisah antara dia dan kita... ada jarak antara dia dan kita... semakin hari kita rasa semakin jauh.. semakin hari kita rasa dia semakin pergi... 

sedarilah hati.. bahawa itu ujian dariNya... dia menemukan kita dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat.. bukan untuk membuat kita rasa kecewa.. tapi untuk kita lebih memahami dan menilai apa yang tersirat disebalik takdir...

 

setiap apa yang berlaku itu dinamakan takdir.. sesungguhnya, terima laa takdir yang telah ditetapkan olehNya... dia bukan jodohku.. dia bukan yang terbaik buatku...
sesungguhnya aku pernah menyayangi dan mencintainya sepenuh hati..
aku pernah menghormati dia sebagai pasangan..
tapi semua itu telah berlalu...
dia bukan pelindungku..
dia bukan syurgaku...
dia bukan imamku..
dia bukan ADAM yang diciptakan untukku...
sesungguhnya, aku telah lepaskan dia..
biarlah dia bahagia dengan pilihannya..
kerana aku yakin, 
aku juga akan bahagia dengan yang lebih baik....
insyaAllah...


 tak semua lelaki dalam dunia ni mampu melindungi wanita... tak semua lelaki juga yang tidak pandai hargai wanita... tapi untuk kita lebih tahu lelaki itu sebenar2nya ikhlas atau tak dengan kita... ingatlah satu perkara ini... hanya dia yang benar2 mampu melindungi adalah yang terbaik...


No comments:

Post a Comment