Saturday, August 31, 2013

Bagaimana Cara untuk Melupakan Seseorang

Putus cinta tapi sukar untuk melupakan? Still teringat kat dia walau dia dah tak nak kat kita lagi? Atau terpaksa meninggalkan dia demi kesejahteraan dia ngan orang lain? Kat sini ada beberapa tips yang boleh jadikan perhatian.

1. Cari orang lain.
Ada ramai lagi calon-calon yang layak untuk kita. Kalau dah tak ada jodoh... nak buat macam mana juga... kan? Belajar mencintai orang yang kita pilih itu dan berdoa la agar calon seterusnya itu adalah jodoh kita.

2. Jangan layan dia lebih-lebih sangat.
Kadang-kadang bila dah putus... still remain friend. Tapi kalau still rapat... takut harapan tu tumbuh balik. Jadi kalau boleh, elakkan untuk layan si dia lebih-lebih. Kalau dia ajak keluar... kalau boleh kita elak saja la. Bukan sebab benci.... cuma untuk kebaikan diri.

3. Tak perlu ambil tau perkara tentang dia lagi.
Kalau rasa betul-betul nak melupakan orang itu, ada baiknya kita tak perlu curious sanagt untuk amik tau pasal dia lagi. Tak ada gunanya juga. Dia pun dah ada life sendiri, begitu juga kita. Selagi kita still rasa nak amik tau... selagi tu kita tak akan dapat lupakan dia.

4. Muhasabah diri.
Kadang-kadang kita perlu berbicara sendiri dalam keadaan yang tenang. Kita perlu berfikir setiap dugaan itu ada hikmahnya. Banyakkan bersabar dan belajar untuk menerima kenyataan bahawa si dia telah pergi dari kita. Redha dengan ketentuan Illahi kerana jika kita kehilangan sesuatu, nescaya Allah akan berikan kita yang lebih baik dari sebelumnya.

5. Sentiasa sibukkan diri dengan aktiviti lain.
Hati tidak akan tenang kalau setiap hari kita asyik teringatkan orang yang dah tak bersama kita lagi. Kan best kalau kita dapat sibukkan diri kita dengan aktiviti lain seperti lepak ngan kawan-kawan, beriadah bersama keluarga atau pergi melancong sakan.

6. Doa.
Jangan sesekali memperlekehkan doa kerana ia adalah talian kita terus kepada Tuhan. Allah Maha Mendengar. Oleh itu, berdoa la agar kita dapat menghilangkan perasaan cinta kita kepada si dia. Dan mohon la kepada Tuhan supaya kita diberikan petunjuk dan hidayah dariNya.

7. Tegas dengan keputusan.
Tak kira apa juga yang terjadi... kita perlu tegas dengan keputusan kita. Tetapkan hati bahawa si dia telah pergi meninggalkan kita. Walau sesedih manapun, hakikat sebenar perlu diterima. Jangan tipu diri sendiri.

Memang benar, melupakan seseorang yang kita cintai ini tidak la begitu senang seperti yang disangka. Kita harus menerima hakikat bahawa si dia telah tiada di sisi kita. Tidak perlu kita merintih setiap hari kerana putus cinta. Buka buku baru. Kerana hidup ini singkat. Jangan jadikan hidup kita musnah kerana seorang insan. Kegembiraan adalah milik kita semua. Hargai hidup ini sebaiknya.
#CopyPasteFromPage#
 
~Alhamdulillah dan insyaAllah saya telah berjaya melupakan!!!Alhamdulillah saya semakin bahagia dengan hidup saya!! Alhamdulillah saya diberikan kerja yang membuatkan saya sibuk dan tidak mengingati perkara yang BODOH untuk diingati!!dan alhamdulillah tak terdetik sikit pun dalam hati untuk meminta dia kembali~

No comments:

Post a Comment