Friday, November 23, 2012

Umat Paling Mulia



Suatu Hari..

Nabi bertanya: "Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat Menjawab : "Para Malaikat ya Rasulullah"
Sahabat Berkata : "tentulah para Nabi, merekalah paling mulia"

Nabi tersenyum, lalu berkata : "Ya, mereka mulia tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam, lalu berkata : "Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"

Nabi berkata : "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, lalu menitiskan air mata sehingga membasahi pipinya dan janggutnya, lalu berkata :

"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah.. dan tahukah  kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepada ku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU KEPADA MEREKA.. MEREKA UMATKU.."

Pernahkah kita terfikir? Bagaimana reaksi Rasulullah S.A.W apabila melihat umatnya pada masa sekarang? Adakah kita tergolong dalam golongan yang dimaksudkan Rasulullah? Berselawatlah kita ke atas Rasulullah S.A.W...

Larangan memakai gelang tangan untuk lelaki

Daripada Imran bin Hussain r.a : bahawa Rasulullah S.A.W telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini?" (iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya).

Beliau berkata : "Ia adalah gelang perubatan"

Tegas Baginda Rasulullah : "Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) selama-lamanya". (Hadis Sohih.




p/s :- tu gelang tangan perubatan, 
kalau gelang tangan yg pakai utk style² pula, Xspecialy LELAKI~?? lebih kurang lah keadaannya~ #ALLAH.laknat.si.pemakai~


sama² kita renungkan~ wallahua'lam, wassalam~


ikutlah sunnah..

Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..


Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

Thursday, November 22, 2012

Duhai hati

"Apabila dirimu meminati seseorang...
bermohonlah kepada Allah S.W.T, agar hatinya kamu miliki..."

Jika kamu sangat menginginkannya dengan
sebenar-benar keinginan,
maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.."

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia,
kerana bicaranya mungkin akan membuat kamu terluka..
Apabila hati dipersenda..
pasti sebuah kekecewaan akan menerpa..


Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya..
dua kemungkinan sedia menanti kamu...
iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya...
atau mungkin kamu akan mendapatkan seseorang yang 
lebih baik darinya..."

Cinta Sejati

Seorang lelaki ajnabi yg berani menyentuh tangan wanita atau menciumnya..
Lelaki ini bukan menyintaimu, malah MENGHINA & MEMPERMAINKANMU....
Cinta ini dinamakan CINTA JIJIK & KOTOR...

Jika lelaki ini benar-benar MENYINTAIMU...
dia tidak akan pernah menyentuhmu walaupun sedikit sebelum BERNIKAH..
kerana dia terlalu menjaga MARUAHmu dan ingin MENIKAHI mu 
secara halal duhai wanita...
Dan ini barulah dinamakan CINTA SEJATI...

..............................................................................

kata-kata ini sangat menyentuh jiwa ku...
setiap perlakuan yang telah berlaku terimbau di kota fikiranku..

Ya Allah... Tuhan yang Maha Esa...
Sesungguhnya terlalu banyak dosa yang telah ku lakukan...
Benarlah apa yang telah disyariatkan dalam Agama...
dan benarlah juga..
COUPLE itu HARAM....

Sesungguhnya aku terlalu banyak dosa terhadapMu..
selama aku berCINTA..selama itu jua laa SAHAM DOSAku bertambah..
Ya Allah.. Kau berikanlah ku petunjukMu..
Kau hadirkan dia yang telah kau tetapkan sebagai jodohku..

Aku harap.. ini adalah yang terakhir...
dan jika ada yang hadir dalam hidupku...
biarlah dia yang HALAL buatku...